Ahad, 13 September 2009

Apa itu cinta

salam.......semua orang tertanya-tanya kenapa saya membicarakan tentang cinta. sebelum saya meneruskan bicara ini molek terlebih dahulu jika kita tahu definasi cinta..Pada pendapat saya cinta ialah satu perasaan yang terdapat dalam setiap manusia.Cinta ialah perasaan sayang yang lahir dalam setiap diri manusia.Cinta boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu cinta sesama makluk, cinta kepada ALLAH,cinta kepada benda,cinta kepada haiwan dan sebgainya.Cinta yang paling utama bagi saya ialah cinta kepada ALLAH kerana ALLAH yang telah memberikan kita kesempatan untuk merasai kehidupan dimuka bumi ini.Sesiapa yang cintakan ALLAH akan mendapat kebahgiaan di dunia dan akhirat.Kita sebagai umat islam perlulah cintakan ALLAH daripada makluk lain kerana cinta kepada ALLAH akan kekal hingga menemui ajal.
Namun pada zaman ini kebanyakkan manusia hanya mencintai sesama makluk dan harta saja,tidak salah klu kita hendak mencintai sesama kita tetapi hendaklah ada batasannya seperti yang telah diperintahkan oleh ALLAH.Selain itu cintakan harta juga perlulah berpada-pada dan meninggal larangan ALLAH.Seseorang yang mempunyai harta perlulah mengeluarkan sedikit harta ke jalan ALLAH.
Disini saya juga akan membicarakan tentang cinta manusia sesama mereka.Bagi saya cinta sesama manusia ini boleh dibahagikan kepada 3jenis iaitu cinta berlandaskan syaitan,cinta berlandaskan jin dan cinta kerana ALLAH.Bagi memberikan kefahaman yang lebih mengenainya saya akan menerangkannya satu-persatu.

1.Cinta berlandaskan syaitan
-Semua orang tahu syaitan adalah musuh yang nyata.Cinta berlandaskan syaitan ialah
perasaan cinta yang lahir hasil daripada pujukkan dan rayuan syaitan.cinta ini
biasanya akan menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan yang dilarang oleh
ALLAH seperti berzina,"bergomen" dan lain2.perkara ini akan menyebabkan seseorang
itu akan terjebat ke kancah yang lebih teruk dan melahirkan anak yang tidak
berbapa serta meruntuhkan institusi kekeluagaan.

2.Cinta berlandaskan jin
-Cinta ini sering berlaku dalam kalangan yang mencintai kerana "terpaksa".Maksud
disini paksa ialah seseorang itu menggunakan jin untuk mendapatkan cinta seseorang
yang dihendaknya walaupun seseorang itu tidak mencintainya.Seseorang itu akan
menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan cinta seseorang termaksuk menggunakan
pertolongan jin.Perkara ini akan menyebabkan seseorang itu terjebak kedalam dosa
besar atau syirik.Hai ini juga akan menyebabkan diri orang yang dipaksa cinta
terseksa.

3.Cinta kerana ALLAH
-Cinta ini adalah cinta yang sebenarnya.Jika seseorang mencintai kerna ALLAH sudah
pastinya mereka tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang oleh ALLAH.Cinta ini
akan melahirkan seseorang yang patuh kepada ALLAH.Sesiapa yang mencintai
pasangannya kerna ALLAH akan mendapat keberkatan dalam kehidupan rumah tangga
hingga ke akhir hayat dan melahirkan generasi yang soleh,hormat-menghormati dan
insyaallah akan berjaya didunia dan akhirat.Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan