Rabu, 25 November 2009

Apa erti pengorbanan

salam.....sempena ketibaan hari yang dinantikan esok iaitu Hari Raya Korban sy ingin menulis sedikit tentang apa erti pengorbanan...setiap dari kita sudah semestinya perlu berkorban untuk mencapai apa yang di hajati..Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ini diadakan adalah untuk mengenang pengobanan yang telah dialakukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anak yang paling disayangi iaitu Nabi Ismail...Pengorbanan ini dilakukan setelah Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T untuk menjalankan ibadat ini.Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang sangat mematuhi perintah ALLAH S.W.T.Baginda sanggup mengorbankan anaknya sendiri demi untuk mematuhi perintah ALLAH S.W.T...Renung2kanlah....
Sebagai seorang pelajar kita perlulah mengikuti apa yang telah dilalukan oleh Nabi Ibrahim dalam kehidupan seharian kita iaitu mematuhi perintah ALLAH.S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya...Sempena menyambut Hari Raya Korban ini marilah kita sebagai pelajar berubah dari perkara yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik.. Memang saya akui semua dari kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, oleh itu sempena hari yang mulia ini marilah kita berubah kearah yang lebih baik..insyaALLAH....Sebagai seorang pelajar kita perlulah malakukan pengorbanan utuk berjaya dengan cemerlang tidak kira dalam bidang akademik.kokurikulum mahapun dalam pembentukkan sahsiah yang mulia....Saidina Ali ada mengatakan...jika kita hendakkan dunia kita perlulah berusaha..jika kita hendakkan akhirat kita perlulah berusaha dan jika kita mahukan kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat kita juga perlulah berusaha....renugkanlah....
sebelum saya mengakhiri coretan ini hendaklah saya katakan disini bahawa pengorbanan adalah penting untuk mencapai sesuatu yang kita hajati....selamat menyambut Hari Raya Korban dan selamat berhijrah dari semua perkara mungkar kepada kebaikkan...salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan