Jumaat, 27 November 2009

Lidah kelu disaat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yg tidak kita ketahui. Cuba kita amati?Mengapa kebanyakan orang
yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras
dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
" Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita
disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri !!! Lantas
sesiapa yg berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak. Kita takut dgn kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yg mana sesiapa
yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kpd Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun
nyawa sedang dicabut.
"Ya Allah..anugerahkanlah kematian kami dgn kematian yg baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah..semasa sakaratul
maut menghampiri kami amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi org mukmin ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dgn pujuk rayu wanita.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi org alim itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dlm berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bg org yg jujur itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bg org yg takwa itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yg halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bg ahli ibadah itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kpd Allah s.w.t.
LUCU YA !!!!!!
*Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
*45 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu
utk pertandingan bola sepak.
*Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu
saat menonton t.v dan wayang di pawagam.
*Susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kengkawan,pakwe,makwe.
*Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan pasukan
bola jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih
bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.
*Susah sangat baca Al-Quran 1 juz tapi majalah hiburan dan novel
best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
*Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert ,dan berebut
cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
*Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya utk majlis ilmuan supaya
boleh dimasukkan dlm agenda kita tapi utk acara lain seperti menonton
wayang, annual dinner atau high-tea , jadual kita boleh diubah sekelip
mata.
*Susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan
menyebarkan gosip.
*Kita begitu percaya pada yg dikatakan oleh org sbg email layang di
internet tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yg
terkandung dlm Al-Quran.!
* Semua org inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
ataupun melakukan apa-apa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan