Selasa, 29 Disember 2009

lawak

Pada suatu hari ada seorang budak pintar. Umur dia dalam darjah enam. Dia memang pintar Bahasa dia pintar, Matematik dia pintar , English lagi pintar, Agama pintar juga tetapi masalahnya dia ni suka menghina orang yang kurang pintar dari dia.
Satu lagi dia suka cari kelemahan orang tak pintar yang dia tahu memang tak pintar macam dia.

Habislah dia perli orang yang tak pintar dengan kepintaran dia

Suatu hari dia ternampak beberapa orang budak dalam surau lepas solat. Dia sengaja nak men'test' dengan harapan dapat menunjukkan kepintaran dan memerli ketidakpintaran orang lain.

Budak Pintar: Hai Abu awak cuba sebut peragut dalam bahasa inggeris.
Abu: tak tahu...
Budak Pintar: Ha ha ha dalam surau
Budak Pintar: Hafiz CO2 tu apa.
Hafiz: tak tahu
Budak pintar: Karbon dioksida lah hahaha
Budak pintar: Daud, kau apa harus dilakukan jika kita bodoh
Daud: Belajar...
Budak Pintar: Betul tapi tak tepat... lebih tepat kalau korang belajar ngan aku hahaha kau tengoklah UPSR aku semua AAAAA.
Budak Pintar: Dalam kampung ni cariklah budak lebih pintar dari aku.

(seorang budak sedang khusuk berzikir ditepi surau)

Budak pintar: Hah.. tengok tu kat sana. Budak tu..

Budak pintar: Hei syeikh, awak cuba bagi soalan yang aku tak dapat jawab... kalau engko pintar

Budak yang sedang berzikir tadi bangun dan keluar dari surau sambil memanggil budak pintar tadi.

Budak yang sedang berzikir tadi berkata
"Cuba awak EJA SAYA dengan mulut TERTUTUP"

Budak Pintar: Sedaya upaya mengeja saya dalam keadaan mulut tertutup. Keluarlah bunyi bunyi sengau tak bererti

Budak budak di surau tersenyum senyum
"Kenapa ngan mamat seorang tu"
"Ntah, terlebih pintar agaknya hahahahaha"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan